Saturday, December 31, 2011

good bye 2011...and welcome 2012!!

salam......

akhirnya tahun 2o12 menjelma juga..alhamdulilah tuhan masih lagi memanjangkan umur kami sekeluarga..dapat juga merasa kepanasan tahun 2012 nie kann.....alhamdulilahhh...
so, seperti biasa tahun baru dah datang, makannya azam baru dan niat baru pon muncul lah...so for this year punya azam saya nak...

  1. menjadi seorang isteri yang solehah.
  2. menjadi anak yang meghormati orang tua
  3. cari duit sebanyak mugkin untuk beli 2nd rumah.
  4. menjadi seorang yang penyabar..jangan cepat melenting...

azam yang di carry fowardkan ke tahun nie atas sebab-sebab tertentu..

  1. belajo memandu
  2. dapatkan lesen
  3. kuruskan badan...............................hahahahahaha dah 7 tahun aku carry fowardkan azam nie....tak capai2!
hope this year will bring me more luck....cayok cayok!!!

Tuesday, December 27, 2011

sarcastik?!?!

apabila sesorang bercakap secara sarcastik dengan lantangnya dengan harapan aku nak dengar dan menghebah-hebahkan hal ini kepada umum makannya ko salah orang....cara percakapan ko yang sangat lantang tuh dah menolong ko menjatuhkan maruah ko sebagai perempuan melayu sendiri....so..,,

ada aku kesah!!!


Friday, December 23, 2011

selamat hari natal.........!!!

SELAMAT HARI NATAL KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA KRISTIAN
ENJOY YOUR DAY


p/s: jom shoping....tengah sale nie beb...kek harga runtuh.....hehehehehe

Thursday, December 22, 2011

baru saja 'recovery account'

hari ini perjalanan yang sangat dasat..selepas berbulan-bulan tanpa kabar berita, akhirnya kini kembali dengan tajuk yang nampak sangat dah lame tak jenguk belog sehinggakan boleh lupa segala jenis password kerana sangat SIBUK dengan kerja...yea saya sangat SIBUK..dan saya dengan sengaja mengcapitalkan latter itu dengan besor dan berulang kali kerana nak mengesahhkan bahawa saya sangat SIBUK.....hahahahha...apamacam?..sangat annoying tak??...oh oh oh..pliss jangan annoying kerana anda akan merindui saya nanti...hahahha ( ade kaitan kah?)

well, for today saya cuma nak maklumkan bahawa saya telah berpindah tempat kerja!!.....yeayyyyyyyyyyyyyyyyy!!!1

no more lari-lari
no more lapar-lapar
no more panas-panas
no more busuk-busuk
no more tutup-tutup hidung
no more bangun awl pagiii!!!!  yeayyyyyyyyy......

saya sangat happy sekarang...im smiling rite now dear.....suka suka suka

yang pasti, saya akan berkongsi dengan awak-awak semua setory saya kat tempat baru...

cekidaudd....

p/s; moral hari ini adalah...jangan lah ko berangan nak guna password yang berbeza-beza kalau ko tuh memang dasar pelupa yang amat sangat mengalahkan pak pandir...sekian, wasalam

Wednesday, August 10, 2011

Really Now, What Would I Do With RM 10,000?

anda rasa anda kreatif?
anda rasa anda sangat pandai melukis?
anda tak tau macamane nak tunjukkan kekeratifan anda tu?
atau
anda dan overlimit shopping untuk raya?
nak duit raya lagi?? 

*
bak kate orang sambil menyelam minum air
minum Nescafe sambil dapat duit raya


________________
lets click here to have 'owsome' deal
http://milkadeal.com/r/53324
and also click the commercial too
\/\/

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

___________________________ jom kelik di sini juga * * * * \/ \/ \/

soklan darjah nam dari aku ( aku pon nak bergosip gak)




cer teka, cer teka
kad kahwin mane yg ade unsur-unsur

1. sweettnyaaaaaaaa...ala-ala bucuk bucuk (cium cium)

2. iskkkk...benci habis aku dgn kad nie...amek ko tong sampah!!

3. sweet habis, kratif and inovatif dan bersedekah.









cer jawab cer jawab




Monday, August 8, 2011

GA Vroommm Vroommm dari Amiey Lee


awwhhhhhh....i like FM kete ni...sesuai dengan tema rumah i "di sinilah rumah disinilah bengkel" chomel sangat2.mesti my hubby n my son suka sokmo..pelis en.random untuk memilih saya sebagai pemenang...
amin
*
*
*
*
*
Follow = check
entry = check
link = check
*
*
*
*
dew date 26 ogos 2011

hope dapat tinggalkan menganyam ketupat utk check internet.

Monday, August 1, 2011

1 ramadan. ak gemok.

Ak masih gmok.Aku CB nk mguruskn bdn pd time ni.klu xskrg ble lgi Aku nk kurang mkn kan. Aku CB sdaya upaya ni. 1st day pose lemah sangat sangat sangat sangat..lupe nk bgtau.ai br 5tahun.sbb 2 poyo2 je ble 1st pose.

Thursday, July 28, 2011

syabass harimau malaya!!!

malam tadi
jantung aku berdebar bila pasukan harimau melaya masuk gelanggang

malam tadi
aku bersorak keriangan bila harimau malaya menjaringkan gol pertama

malam tadi 
aku melompat keriangan apabila penjaring gol malaysia tangkas menepis segala serangan

malam tadi
aku bangga menyokong pasukan harimau malaya selepas beberapa tahun aku tidak memandang mereka. aku bangga walaupon harimau malaya kalah tetapi mutu permainan mereka sangat bagus!! aku bangga apabila pihak lawan menghantar beberapa player untuk menjaga penyerang harimau malaya dengan ketat!!..aku banga dengan kalian!

syabasss harimau malaya!!...im proud of u!! 
yeahhhhh!!!!



u rockkkkkkk harimau malaya!!



Wednesday, July 27, 2011

aku suka bila ko memperbodohkan diri sendiri......

dia: Pn.Z, boleh tak tolong printkan balik minit yang semalam Pn.Z jatuhkan?
aku: Knp nak print balik?
dia: Saya peninglah sebab dah bercampur2..Pn.Z lah jatuhkan semalam...
aku: tak payah print. bagi pada saya. biar saya asingkan.
dia: Tp banyak nie. ade 4 minit.
aku: takpe takpe..bende simple je..saya boleh buat..

10 min lepas tuh aku bagi balik minit tadi...bende kecik jeh..kenape nak kene susah2kan diri..ko tau tak kos untuk print sehelai paper tuh berape???..ko tau tak klu kita over budget ot orang2 kat sini kene potong??!!!...sengal!!!..tak de otakk!!...klu bos yang jatuhkan, ko mintak dia yang print balik ke??.ko tak boleh print semula!!alasan pening!!!....poooraahhhh!!! cakap jeh malassssss...abis cite.!!! orang bodoh je percaya bulat2 cakap ko tuhh!!

Sunday, July 24, 2011

sy dirumah....

Kerana msalh kshtn, makanya sy di Umah.

Thursday, July 21, 2011

ceritera di satu senja......

Seperti hari sebelumnya aku pulang lewat disebabkan timbunan kerja di pejabat. pada kali nie aku sampai di perkarangan taman perumahan dikala hampir senja, di ruang mata ku dah terbayang anak aku yang sedang bermain dengan saudaranya, tergelak riang dan senyuman sentiasa memekari dibibirnya. membayangkan itu saja sudah cukup menyenangkan hati aku.

apabila aku telah menginjakkan kaki di ruang tamu, apa yang aku lihat hanyalah anak saudaraku yang masih berbaju sekolah sedang berehat melepaskan lelah. mata ku melilau di sekeliling ruang tamu, tiada bayangan anak ku..aku jengahkan sedikit kepala dan ku lihat disekitar taman yang berhampiran, tiada juga kelihatan kelibat anakku dan juga jeritan keriangan daripada dia. hatiku sedikit terusik, tetapi segera aku menyedapkan hati dengan menyatakan yang dia masih belum balik.

lantas aku membuka bungkusan makanan yang telah ku bekalkan seawal daripada pejabat lagi, aku makan dengan kadar yang perlahan sementelaah fikiran ku sedikit terusik dengan kelewatan anakku itu..setelah hampir sesuku nasi aku makan, tiba-tiba anak buahku yang berusia 20 tahun pulang dari membeli barang. dia melahirkan rasa tidak puashati kerana telah menunggu anakku seharian di rumah tetapi anakku tetap tiada.

hati ku mulai tidak keruan, lantas ku menalefon ibu mertuaku untuk bertanyakan perihal anakku. dengan mengunakan tangan kiri aku telah mendail numbor telefon bimbit dia, aku letakkan pada mode speaker memandangkan aku masih lagi  makan.

aku: mak dah hantar yusuf?
mak: dah hantar tadi?
aku:(kalut) mak hantar kat mana?
mak: kat rumah k.de la....
aku:( aku tersentak, refleksi aku melilau di sekitar rumah, anak buah aku juga tersentak) takde pon kat sini??
mak: Ya Allah!, ko biar betul??!!
aku: takde!!......

aku terus mematikan panggilan,meninggalkan telefon aku bersebelahan dengan nasi yang aku tinggalkan dan berlari keluar dengan anak buah aku yang kelihatan terkejut. kami berpecah mencari anak aku di sekitar taman permainan dan disekitar taman perumahan. fikiran aku berkeceramuk, naluri seorang ibu telah membuatkan aku sangat tertekan pada waktu itu, muka aku panas, dada aku berdegup kuat. tanpa segan silu aku menjerit-jerit memangil nama anak ku.ramai mata yang memandang perbuatan kami berdua..aku telah membayangkan yang anak aku telah berada jauh dari aku..

aku dan anak buah aku berjumpa di depan pintu, masing-masing menampakkan muka yang kerisauan. masing- masing telah memberikan jawapan yang hampa. aku kembali semula ke telefon bimbitku, melihat ada dua panggilan yang tidak dijawab daripada mertuaku. dengan hati yang berdebar aku membalas panggilan.

mak: ko ni cepat sangat letak, mak tak habis cakap lagi la.mak gurau je tadi.cepat sangat mengelabah!!
aku: (terkedu terus mematikan panggilan)

perasaan yang membelenggu fikiran dan dada aku telah mula kendur.tetapi telah digantikan dengan perasaan marah. aku terfikir, adekah perkara berkaitan dengan anak boleh dibawa bergurau? adakah perkara yang melibatkan naluri seorang ibu boleh di persendakan? aku mempercayai dia, aku percaya yang dia berkata benar ketika memberitahu dia telah menghantar anak aku balik, aku percaya dia kerana dia yang telah menjaga anak aku selama ini. aku percaya dia kerana hanya dia saja yang bertanggungjawab menghantar anak aku pulang. dengan kepercayaan yang dah bertahun di binalah aku merasakan sangat cemas dan kalut apabila mendengar berita dari dia.

kini, aku rasekan yang ade sedikat tembok yang telah terbina antara dia dan aku. tembok yang tidak pasti akan runtuh pada masa bila. tembok yang memisahkan antara isu kepercayaan dan perhubungan. aku sendiri tidak pasti dengan perasaan aku. apa yang pasti, aku sangat berkecil hati dengan cara gurauan yang sebergitu. suamiku menyalahkan aku sepenuhnya kerana terlalu cepat melatah. pada aku, aku melatah kerana ianya melibatkan anak aku, darah daging aku, dan penyampai berita adelah orang yang aku paling percaya dalam dunia dan yang paling penting, dia juga ibu seperti aku. ibu yang mempunyai perasaan yang tidak dapat digantikan dengan harta didunia...iaitu perasaan keibuan. perasaan yang paling agong sekali!!...perasaan yang hanya ada pada seorang wanita yang bergelar ibu bukan pada bapa. suamiku menyalahkan yang aku kerana tidak wajar berkecil hati dengan gurauan ibunya. sesunguhnya, perasaan sedih aku telah bertambah dengan sikap suamiku sendiri.

aku faham yang dia pasti akan menyebelahi ibunya, aku maklum akan hal itu. tapi bagi aku, dia telah meletakkan diri dia pada satu sudut yang salah. dia telah lupa untuk meletakkan diri dia pada sudut aku.
pada aku, gurauan seperti itu adalah gurauan yang paling dasyat sekali. gurauan yang tidak patut di luahkan oleh seseorang yang pernah bergelar seorang ibu. dan aku tetap dengan pendirian aku. tanyalah pada ibu diluar sana, pasti 90% menyatakan gurauan yang melibatkan hal-hal kemanusiaan adalah tidak raleven.

Wednesday, July 20, 2011

projek bulan pose ~by aku~

bulan pose dah nak dekat,time nie lah buat bisnes kompom menjadi...lagi2 bisnes baju and kuih raye..kompom laku habis...humm, sekarang nie pon dah macam2 idea dah menjegah dalam kepala. rasenye macam nak meniage kat bazar ramadan...tp i keje ok, mane ade mase nak berniage sume tuh...nak buat tempahan baju pon macam ok gak, tp my MIL dah full booked laa....( hahahaha..nampak sgt bukan aku yg jahit) tibe2 jeh

anak buah A: kak dik, kak dik....kak dik nak tak jual kek coklat moist yg macam kak dik buat tuh...sedap laa.. boleh jual...nak tak? orang tolong jual kan??...

aku:  eh sedap ek??...sure kee??..boleh ke jual??

anak buah b: (menyampuk) sedap kak dek...orang rase pon kak dik boleh jual laa....

aku: (konfius) sure ke boleh juallll?? korang nk tolong jualkan keee??

anak buah A & B: boleh..boleh..ktorang takde hall..nk tolong buat pon boleh....sedap lah kek coklat moist yang kak dek buat tuhhh...betull tak tipu..

aku: (kembang semagkok hidug aku...kene puji terang-terangan).......hehehehe...

so makanya, bermula lah projek bulan puasa aku bagi tahun nie.......aku nak menjual kek coklat moist...tak sabo nak buat sample...hehehe....hope menjadi

"Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan ku..kau murahkan lah rezeki kami pada bulan ramadan yang berkat ini ya Allah..
Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon pada mu supaya mengukuhkan pendirian dan kuatkan semangat ku ini ya Allah.. sesunguhnya aku adelah insan yang sangat rapuh...Amin."

Thursday, July 14, 2011

Tree by Jumpe pakcik hussin



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


saya suke sokmoh lagu nie...Enjoy~~~~~~the lirik je lah...

Tuesday, July 12, 2011

akhirnya....aku dan dia berpelukan...

ngeh..ngeh..ngeh....

saya ade sorang sahabat...sahabat nie saya jumpe time belajo dulu...saya kawan dgn dia setat hr pertama lagi kami jumpe, lagi pulak kami memang sebilik dan klu tak kawan dgn membe sebilik memang naya kan ,macamane nak mintak tolong dia temankan kita mandi di waktu malam dan mintak dia belanja time kita takde duit kan...betul tak betol tak???!!..hehehehe.....i luv u lah my frend..kawan saya tuh dia sangat sweet, chomel, manis mcm ikanmasin, kuat makan (see the kaitan dgn belanje mkn td...!!~~) mulut becok giler, cakap suke meleret2 tah ape2 jeh topik yang takde kaitan pon dia masokkan dalam perbualan tentang nasi ayam dan yang obvious sekali adelah...haloooo penakot giler ok..mmg blacklist dia klu mintak teman utk mandi malam...hampeh koooo!!!

nak cite ape yg kami dah buat bersama....isk..isk..isk...terlalu banyak..byk yg happy dari yg sedih...sahabatku, aku tau ko tgh bace sekarang ni..ko igt tak time kita berperang lampu dgn asrama lelaki? ko igt tak time kita sembunyikan kasot orang...ko igt tak time kita bersukan main tennis walhal ape pasal tenis pon kita tak tau and main pukul jeh mcm main badminton....ko igt lagi tak time kita dok menakel abang2 sepak takraw..ko igt lagi tak kita juga sibuk dok belajo bahase bisu sbb nak berkawan dgn budak2 bisu yang maha hensem itu?? ko igt tak?? ko igat tak sahabat ku?????.....hahahahahaha...heaven jeh time tuh......

so far lepas belajo kami dah jarang jumpe since masing2 dah berfamily and dah ade kerjaya yang perlu di titiberatkan....

but minggu lepas time hr ahad, tbe2 jeh kami bertentang mata selepas sekian lame tak jumpe...( ok lah ngaku lah...mmg lah tak jumpe bersemuka, tp kami selalu lah borak kat tepon dan kat belog nie) cheng...cheng..cheng (background music ala-ala dlm cite p.ramlie bile ade adegan cemas)....boleh lak kami terserempak kat kedai lampu.....

teruslah kami bersalaman dan berpelukkan dan berkasih sayang depan hubby kami.......hahahahaha....mesti depa kate 'pelik bini aku nie, dgn aku takdelak nak berkasih sayang dpn org ramai'....huhuhuhuhuhuh

bila saya tgk dia, tak byk berubah..dia msh comel,sweet, mulut becok, kurus berbanding aku yg debab dan muka bulat mcm duit 50sen and dia still ketot walaupon time ko jumpe aku tuh ko pki kasut tinggi godang!!!...hahahahahaha...yea sahabat ku...ko masoh ketot lagi..aku tetap bangga yang aku masih tinggi walaupon aku dah debab!! debab boleh kurus...ketot tak leh tinggi hokeyyyyy!!...hua hua hua hua hua.....gelak jahatttt!!!!

by the way sahabat ku, aku tau ko akan membalas entry aku nie dgn membuat isu yang same...tp kau tak heran, aku akan tunggu entry ko tuh jugak....aku rindu korang...still aku happy sbb dapat jumpe ko hr tuh...umah kita dekat...tp malas sungguh nak p kan.....isk isk isk..raye nie kot klu takde masalah kita berkunjung-kunjungan...buat open house and kita berjumpe....sape yg buat open house??...haruslah ko sbb blh makan western food lagi pon ko pndai buat kek coklat...huahuahuahuhauahu...

ape2 hal pon sahabat ku...frends always.........

enjoy this pic and gelak2 lah ko sbb aku dah debab


Friday, July 8, 2011

dengan penuh sebak.....


terpaksa berpisah pada kejauhan 250km....di temani dgn rimbunan pokok......JP* help mee!!!!


Tuesday, June 28, 2011

Giveaway duo by duniaku & hatisamronkin


saya mengetag

amiey lee
miss bie

Giveaway I "love to look gorjes"!


woh woh woh...saya sangat suka bende-bende yang melibatkan chantek, gojes, melatops, comei....kompom semangat jitu membuak-buak!!...
so untuk teka teki nie, saya menganggarkan hadiah yang akan diberikan oleh 3 belogger gorjes adelah:

1. facial spa and face makeover
2.hadiah makeup dari jenama terkenal
3.shoping beramai bersama 3 beloger gorjes dan dibayar sepenuhnya oleh mereka..hehehhe..
4.buku care-care makeup dengan sempurna...hamek ko..belajo makeup sendirik!!


pengajur-penganjur yang gorjes
http://lulu-pages.blogspot.com/
http://www.pinkymomma.com/
http://hasrisa.blogspot.com/

Saturday, June 25, 2011

Taare Zameen Par


dah lame rasenye tak buat entry pasal review pasal cite-cite best...owhhh...tidak tidak..bukan cite-cite seperti doktor atau majestret  tu yang saya maksudkan..tetapi cerita-cerita yang menarik dan sesuai untuk seluruh ahli keluarga tonton......last review pon pasal cite jepon....hr nie kita nak p belah lain lak..

wahhhh.....ok, hr nie saya nak cite pasal cite hindustan, tajuk Taare Zameen Par.....cerita yang mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bahgia dan harmoni...hehehhee...cliche...sebuah keluarga yang mementingkan RESULT dalam segala hal...si abang (Yohan) sentiasa mendapat 100% dalam setiap exam..dan si adik (Ishan) sentiasa mendapat 2-3% dalam exam...terlalu jauh perbezaannye kan.....tp kelebihan Ishan adelah dia sangat pandai melukis...setiap pemandangan atau perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian akan diabadikan dalam lukisan.....Ishan menghadapi penyakit  Dyslexia iaitu sukar untuk membaca dan sukar untuk membezakan huruf-huruf yang hampir sama bentuknya...sukar untuk membezakan dan membayangkan antara bunyi dan juga bentuk....

disebabkan Ishan tersangat lemah dalam setiap subjek..makanya dia telah dihantar oleh ayahnya kesebuah sekolah asrama yang jauh dengan harapan yang dia akan berubah....di sekolah nielah dia telah berdepan dengan masalah besar...segala benda dia kena buat sendiri....di kelas dia sering dimarah oleh guru-guru kerana tersangat lah lembab!!......apabila dia sering dilabel BODOH oleh guru-guru makanya dia dah giveup dalam sume hal.even lukisan..dia pasrah jee...lantak ko lah nak buat ape kat dia.....hehehhehe...

nak dijadikan cerita, guru seni sementara datang dan mengajar di kelas dia....guru ni sangat lah seporting...membiarkan anak-anak murid dia berfikir secara kreatif.......akhirnya dia berjumpa dengan si Ishan nie dan sangatlah kesian....dengan semangat waja dan kesabaran guru nie..dia telah mengajar Ishan secara peribadi dan kreatif...ofcourse lah kan...guru nie berjaya ubah si Ishan nie,,,klu tak tak lah jadi cerita..hehehehhe.....

untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa si Ishan nie bukan lah sebodoh seperti yang guru-guru lain sangkakan..makanya guru lukisan nie pon buatlah satu pertandingan lukisan......and the winner is mestilah the main actor kan......so guru-guru yang selama nie bambu and selalu label dia bodoh tercenggan kerana telah dikalahkan oleh seorang budak paling lembab dalam sekolah....hhohohohohoho.....padan muka.....

and the result, day after day, masalah ishan dah selesai, dia dah normal seperti budak-budak yang sebaya dia.dah boleh membaca dan menulis dengan baik.....

so, moral of the story is, kanak-kanak yang tidak boleh membaca dan menulis dengan normal seperti kanak-kanak sebaya dengannya bukanlah suatu perkara yang perlu diambil ringan....ibubapa perlu  merujuk kepada yang pakar sebelum membuat hukuman sendiri..dewasa kini ramai ibubapa mudah melepaskan kemarahan dengan memukul anak mereka yang dirasakan bermasalah....pastikan yang mana penyakit dan yang mana simptom.........for more info tentang penyakit Dyslexia ini sila kelik sini.

Wednesday, June 22, 2011

F.B.I...mata2 yang aku tak lantik tp akan memerhatikan aku

pssstttttt...i need to jaga my tangan and mulut now....my secret will be terkantoi klu aku tak jg.....ok.ok.ok..stop..msg ini akan terpadam dgn sendiriknya selepas kiraan bibbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb

jom kita tidoo

yeahh...aku mmg patut dihukum oleh dewa beloger (kalau ade) sebab malas giler nak bebelog.....tuh laaahh org berbelog ko pon nak berbelog jugakk..padan muka ko dengan perasaan malu ko sendiri sbb tak update belog!!!!

hukk huk huk....mugkin disebabkan kerana kurang sihat....
atau pon kerana kepala pening nak carik bahan yang boleh membantu menambahkan entry belog...

damnnimtotalylostbanget!!
hahahhahaha...sangat sesuai untuk merepek since im alrady been label sebagai org kuat merepek oleh the big man..

hahahhaahahaha...looked like i care...

1st day fever............brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...kompom!!

yup yup yup.....sgt seperti nak demam...
hari 1st day kat tpt baru...
penempatan belom dapat lagi...
depa cadangkan kat melaka..
muka dah ketat...tp pakssa senyumm...
dulu mase interview dah janji boleh p mane jeh kann...
soo terima je lah.........................

adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................

hati dah sebak..
fikiran nak terigat anak and umah yg baru je tak sampai 3 bulan duduk...
nak pasrah atau nak lari p JP* balik....
besok surat penempatan HAKIKI baru dapat...
harini big boss kat genting lakk.....
debar hari tuh pon tak habis lagi..
kene tambah debar baru lakkk....

Saturday, June 18, 2011

9 akal vs 1 akal...........?????

yeahhhh........bila tgk ayat tuh mesti dah terbayang kat kepala tang 9 akal 1 nafsu dan 1 nafsu 9 akal yang sangat sinonim dikaitkan dengan lelaki dan perempuan.....bile taip je perkataan kat google, macam2 kuar..ade yang lebih beratkan kepada kaum lelaki dan ade yang rase tak adil pada perempuan......

mostly akan cakap, "klu betol perempuan 1 akal, knp kat ipt ramai perempuan dari lelaki???.......knp kat pusat serenti lagi ramai lelaki dari perempuan??.......

susahkan nak di terangkan bende2 ni......perkara nie sangat sensitif sangat2...lagi2 pada kaum wanita apabila dia sangat educated dan kerja maha gaban punya bagus dan rata2 staff dia adelah lelaki....memang berdesing telingga beb bila dengar ayat tuh.....hehehehe

but, bila aku bace belog nie....aku ade macam paham sikitlah ape yang dimaksudkan....yeahhhh...memang agak sadis sikit ayat tu untuk wanita.....tp itulah hakikatnya.......kene terima juga.......

aku penah tanya kepada en.suami tang hal ni....."seantero malaya dah tau yang lelaki ade 9 akal...tp mase bila dia pakai kesemua akal2 dia tuh?...sbb klu buat keputusan pon, isteri  juga yg kene pk, isu rumah la, duit kuar masok la..urus anak lah, makan pakai la, sume isteri yang pk..lelaki cm bg duit jee...tuh pon kadang2 sangkut...jd mase bila 9 akal tuh di pakai???.........klu perempuan ade 9 nafsu tuh nampak sangatlah kemane nafsu tuh pegi......lelaki pye akal p mane??????"......nak tau dia cakap ape?..."tahlah, saya pon tak pasti.......same je kot.." toingggggg!!! jawapan yang simple dan tidak memenuhi skala yang ditetapkan.....................

honestly,.......i really want to know.....kemanakah perginya 9 akal lelaki ini...atau time bila dia pakai ke sembilan2 akal dia tuhhhh???.............................susahkan??.....


pelis...help meeeeeeeee??!!1

Wednesday, June 15, 2011

jom masak-masak.... kuih koci labu bujang

macam biase setiap kali bangun pagi, kene ngeliat-ngeliat dulu,gosok-gosok mate and check henpon..tup-tup baru perasan ade dapat msg dari mertua pukol 4.36am...uiksss pagi bebenor tuh dia bermeseg2an...sungguh tak sedor ade msg masok walhal henpon kat sebelah telinga jehhh......bile bace msg, rupe2nya dia nak mintak cuti jage anak sbb tak sihattt.........ok...redho je lahhhh.....duduk umah dgn anak mmg mencabar skettt....sbb kebosanan yang tahap super punya!!
tengah planing nak buat ape sehariannn...tbe2 jeh tekak nie teringin nak makan kuih koci labu....yeahhhhhh...kuih koci labu...my fav!!!!!.....
jom kita serbey ...

mula-mula cairkan gula merah...dan campurkan sedikit gula pasirr...almaklumlahh..gula merah tuh kaler jeh lebehh...rase tak manis mane ponnn...

bila dah confm gula merah n gula pasir cair masokkan kelape parut and dauh pandan...tujuan utama daun pandan tuh sbb nak bagi bau and rase ade sikit2 mcam daun pandan ........wangiiiiiii

gaul sehingga sebati...mak penah cakap..klu inti kelapa tuh maca tak melekat, try letak tepung gandum sket....and i did it!!..its works laaa..hehehehe




setep ke-2, bahan utama..adelah labu yang di potong kacil dan direbus sehingga empuk...




kurangkan air rebusan dan lenyek sehingga menjadi puree....time tgh panas nie..elok sekiranya di tambah dengan sedikit garam dan gula..



puree labu tadi di campurkan dengan tepung pulut..hehehehe...sy suka tepung pulut sbb bila masak dia kenyal2...nyum-nyum



jadikan campuran tadi seperti doh yekk....


ok....dah siap sume bahan-bahan penting.....kemudian..sediakan sedikit minyak, kulit pisang, and tempat pengukus..bulat2kan tepung..masukkan inti..sapukan minyak kat daun pisang and bungkus...proses nie mmg takdenye nak amek gambo...tangan dan berlemui dengan minyakkkkkk....


dah hasilnya
*
*
*
*
*
*
kuih koci labu orang bujangggggg!!

heheheheheh
knp disebut bujang?...sbb buat sesempoi yang mungkin....tapi rasenya...SUPERB!!!!....kalau ualls terase macam nak buat tuh...bolehla ikut step kat atass..tp mintak mahaplaa nak bg sukatan...sbb sy pon main taram jehhh.....and lagi sedap kalu letak santan kat adunan tepong.rase lemak2 gitu..hehehhehe...daun pisang tuh sebelom di buat bungkus jgn lupe di salai dulu...supaya mudah nak di lipat2....lembut dan tidak terkoyak...

selamat mencuba

Monday, June 13, 2011

1GA From butik Magicfrombeautiful


Jom shoping kat butik magicfrombeautiful penghantaran percuma lagi

Pada pendapat saya membeli belah di internet adalah bagus dan memudahkan memandangkan tidak perlu bersesak-sesak beratur tunggu komuter atau lrt ataupun bergaduh-gaduh chop parking kat shoping mall. hanya dengan "klik-klik" dan dengan muka selebet baru lepas bangun tidur pun boleh bershoping dengan gembiranya.


saya telah mengetag
yanni

Saturday, June 11, 2011

Tahniah Sahabatku........

Saya ade seorang sahabat...dia seorang budak perempuan yang sangat cute, berkulit kuning langsat, mempunyai ketinggian 159cm dan berat 49kg(time tuh laa) dia tinggal sekampung dengan saya di kg.baru kuala lumpur...selain dari itu, dia sangat alim bak ustazah sehinggakan sy andaikan yg dia akan jadi ustazah bila dah keje nanti..tetapi sangkaan saya meleset sama sekali...btw dia still anak yang manis...dia sahabat baik saya semenjak dizaman persekolahan lagi..dia adelah orang pertama yang tegur saya mase saya adalah pelajar baru disekolah itu.dia juga adalah orang pertama yang dibuli saya,saya buli dia dengan meletakkan minyak cap kapak kat kerusi kayu dia.....u can imagine how its feels rite(hehehehe) tapi dia tak pernah balas perbuatan saya tu..sbb tu saya suka kawan dengan dia...tp tu bukanlah bermakna yg saya suka kawan dengan dia sbb saya suka buli dia....tidak tidak..tu adalah kali terakhir saya buli dia dan kami terus berkawan baik sampai sekarang..

selepas insident itu, saya ajar dia macane nak buat surat layang...yeahhh...baru kini ku sedar yang sy sangat nakal dahulu. selain dari itu saya jugak ade mengajar dia cara meniru dengan baik time kuiz bahasa inggeris dan juga cara nak menackel lelaki hensem dan buat surat chenta..hehehehehe...sungguh saya sangat nakal waktu itu..

tetapi bukan itu saja...saya tidak mengajar dia perkara yang buruk saja...malah saya juga ade mengajar dia geografi, sastera, perdangangan, sejarah dan juga lukisan.....kami sering berlumba-lumba untuk mendapatkan yang terbaik didalam kelas...disebabkan sikap positif itu kami sering mendapat keputusan yang baik....(kembang hidung)

oh ye...saya lupe nak bagitau....selain daripada belajar bersama-sama, kami juga suka mengechat...iaitu berborak dengan menukar-nukar kertas time belajar....topik yang kami suka borakkan adelah gossip,makanan dan kengkawan.sehingga akhir tahun kami tak penah kantoiiii....hehehehe...kami memang pandai berlakon..

selepas tamat persekolahan kami jarang berjumpa...tp itu tidak memutuskan hubungan kami sebagai sahabat...kadang2 kami berbual di medan elektronik,komunikasi mudah alih dan juga surat...(ok tipu, sy benci tulis surat)...ape2 pon hubungan kami tidak penah putus...sehingga sekarang.....

saya sangat berbangga dengan dia sebab dia adelah tempat untuk saya mengadu dan saya juga adelah bahu tempat dia mengadu domba....chewahhhh....dia akan bercerita mengenai kekecewaan dan kegembiraan dia pada saya.....bergitu juga sebaliknya....

baru-baru ini dia telah meminta pendapat saya pada satu keputusan yang sangat penting...saya gembira sbb dia ingat saya lagi...untuk kesekian kalinya saya telah mengajar dia apa itu erti kehidupan sebenar....keburukan dan kebaikan yang akan dia alami......akhirnya dengan berkat kesabaran dan kesungguhan dia untuk mencari kebahagiaan dalam kehidupan....akhirnya dia telah temui sinar kebahagiaan....hahahahah...ayat sekema habiss...!!

kepada sahabat ku...S******n.(betolke aku eje name ko nie).....tahniah dengan anjakan paradigma ko dalam kehidupan..aku bangga dengan keputusan ko!! hope ko akan menemui sinar kebahagiaan yg abadi.......TAHNIAH MY FREN........ko tau knp aku ucap tahniahkannn.....aku tak berani nak kabo sbb ape..sbb ko pesan jgn kabo kat org lagi...tp klu org dapat agak tuh mintak mahap yekkk.....hehehhe



ko jangan risau..aku dah blurkan pic ko nie...tp pic nie pon aku amek kat fb ko..klo ade orang sedor tuh mahap lagi lah yekkk.....hehe3hehehehe

Thursday, June 9, 2011

7th Anniversary GA


Tahniah kerana menyambut 7th anniversary. Semoga akan ada yang ke 17 dan juga yang ke 27 dan juga selamanya. Semoga sentiasa menjadi isteri muslimah yang sejati, contoh ibu yang baik dan cemerlang serta menjadi tauladan yang sempurna kepada masyarakat. Diharap setiap kesabaran yang dipupuk selama ini terus menjadi pohon untuk berteduh bagi melindungi diri dari kepanasan.

GOOD LUCK!!

(^_^)/



Saya telah mengetag

Amie Lee

Xetxet

Saya Sayang Anak Lelaki Saya Kerana.........







Saya sayang anak lelaki saya kerana dia pandai memujuk bila saya bersedih dengan memeluk sambil menepuk-nepuk bahu...dan berkata "ayang onda".....sweeetttttnya...

Tuesday, June 7, 2011

Cutest Baby Smiling Contest


Jom ramai-ramai memeriahkan majlis (^_^)/




nama si manja: Yusuf Iskandar
umur Si manja: 2.4 tahun
nama ibu si manja: adni adnan


'nature'




bestnye klu ade 3-4 batang kat belakang umah

Sunday, May 29, 2011

hari isnin kembali lagi......(sangap) ngantoknyaaa.......(-_-")



isk..isk..isk...tak paham betol laaa
kenape ekk??.....
setiap kali hari isnin mesti jeh rase semacam...
rase malas-
rase ngantok-
rase macam nak bukak kompeni sendiri and setiap hari isnin boleh bangun lambat..
setiap minggu mesti macam tuhh...
macamane nk buang simptom malas hari isnin nie ek??
adoiiiiiiiiiiiiii!!...tolonnnnnnnnnnnnn
aku malas nak keje laaaaaa.............
camner korang handle hr isnin korang??
cer cite?
cer cite?
cer cite?

Sunday, January 9, 2011

A DAY WITHOUT FB*

 


ermmmm....

kebaikan:

  1. sume menteri tersenyum simpol sbb sume pekerja dah konstentrate pade keje jeh
  2. para ibu senyum jeh sbb bil letrek and internet dah kurang
  3. para bapak lege sokmo bile duit tak kuar poket utk beli latop baru sbb anak2 dok rebot pki latop..
  4. sume rakyat tak rabon sbb duduk depan pc manjang... 

keburukan:
  1. dah susah nk carik kawan baru.....(-_-)
  2. para janda dan duda agak susah nak mencari jodoh.......
  3. para peniaga susah nak promote barang..
  4. nak cari gosip panas jugak susahhh
  5. nak mengumpat jugak susahhh

secara kesimpulannye......bagus ke tak ekk???...hummmmm......lepasnie takde dah pic2 hangat di pasaran..takde jugak top 10 dan sebagainyaa....takde jugak gosip2 mengarut2 dan tag yang dwi bahasa....takde juga sesi mengumpat terang-terangan.....tiada lagi xpose pic2 tiruan...(hahahaha)....
hidup sedikit boring di situ........

yupppp....kepada sesiapa yg pic maha banyak kat fb tuh...sila2 lah copy yekk...bt pekasam kat tpt ln..kepada mereka2 yg berkenan dgn seseorang tuh...sila2 lah mintak no tepon cepat2..tak pon korang tuka jeh p mysepace dgn ferendseter...ape ade hall....hahahahahaha!!!
 

StIlL Me A.D.n.I. Design By: SkinCorner