Saturday, June 25, 2011

Taare Zameen Par


dah lame rasenye tak buat entry pasal review pasal cite-cite best...owhhh...tidak tidak..bukan cite-cite seperti doktor atau majestret  tu yang saya maksudkan..tetapi cerita-cerita yang menarik dan sesuai untuk seluruh ahli keluarga tonton......last review pon pasal cite jepon....hr nie kita nak p belah lain lak..

wahhhh.....ok, hr nie saya nak cite pasal cite hindustan, tajuk Taare Zameen Par.....cerita yang mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bahgia dan harmoni...hehehhee...cliche...sebuah keluarga yang mementingkan RESULT dalam segala hal...si abang (Yohan) sentiasa mendapat 100% dalam setiap exam..dan si adik (Ishan) sentiasa mendapat 2-3% dalam exam...terlalu jauh perbezaannye kan.....tp kelebihan Ishan adelah dia sangat pandai melukis...setiap pemandangan atau perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian akan diabadikan dalam lukisan.....Ishan menghadapi penyakit  Dyslexia iaitu sukar untuk membaca dan sukar untuk membezakan huruf-huruf yang hampir sama bentuknya...sukar untuk membezakan dan membayangkan antara bunyi dan juga bentuk....

disebabkan Ishan tersangat lemah dalam setiap subjek..makanya dia telah dihantar oleh ayahnya kesebuah sekolah asrama yang jauh dengan harapan yang dia akan berubah....di sekolah nielah dia telah berdepan dengan masalah besar...segala benda dia kena buat sendiri....di kelas dia sering dimarah oleh guru-guru kerana tersangat lah lembab!!......apabila dia sering dilabel BODOH oleh guru-guru makanya dia dah giveup dalam sume hal.even lukisan..dia pasrah jee...lantak ko lah nak buat ape kat dia.....hehehhehe...

nak dijadikan cerita, guru seni sementara datang dan mengajar di kelas dia....guru ni sangat lah seporting...membiarkan anak-anak murid dia berfikir secara kreatif.......akhirnya dia berjumpa dengan si Ishan nie dan sangatlah kesian....dengan semangat waja dan kesabaran guru nie..dia telah mengajar Ishan secara peribadi dan kreatif...ofcourse lah kan...guru nie berjaya ubah si Ishan nie,,,klu tak tak lah jadi cerita..hehehehhe.....

untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa si Ishan nie bukan lah sebodoh seperti yang guru-guru lain sangkakan..makanya guru lukisan nie pon buatlah satu pertandingan lukisan......and the winner is mestilah the main actor kan......so guru-guru yang selama nie bambu and selalu label dia bodoh tercenggan kerana telah dikalahkan oleh seorang budak paling lembab dalam sekolah....hhohohohohoho.....padan muka.....

and the result, day after day, masalah ishan dah selesai, dia dah normal seperti budak-budak yang sebaya dia.dah boleh membaca dan menulis dengan baik.....

so, moral of the story is, kanak-kanak yang tidak boleh membaca dan menulis dengan normal seperti kanak-kanak sebaya dengannya bukanlah suatu perkara yang perlu diambil ringan....ibubapa perlu  merujuk kepada yang pakar sebelum membuat hukuman sendiri..dewasa kini ramai ibubapa mudah melepaskan kemarahan dengan memukul anak mereka yang dirasakan bermasalah....pastikan yang mana penyakit dan yang mana simptom.........for more info tentang penyakit Dyslexia ini sila kelik sini.

0 comments:

 

StIlL Me A.D.n.I. Design By: SkinCorner