Showing posts with label cerita best. Show all posts
Showing posts with label cerita best. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Sejarah Dunia....aku termiss lagi..(-_-)'

tahukah anda bahawa pada 5 Jun 2012 tercipta 1 sejarah dunia yang hanya akan berlaku dalam tempoh 150tahun???
sekirannya anda tak tahu, makannya anda juga adalah seperti saya yang dah termiss perihal ini....hukhukhukhuk

korang tau tak pada 5 Jun 2012 hingga 6 JUn 2012 berlaku satu lawatan secara tak sengaja oleh en.venus dengan en.earth dengan dijamu selera karipap sardin oleh en.sun??...hurmmmm...aku pon baru tau semalam selepas di bagi hint oleh pokcik google...

walaubagaimanapon...fenomena ini telah disaksikan oleh berjuta2 manusia di seluruh dunia kecuali aku dan kau yang tak tau pasal hal ni dan ada juga negara yang tak boleh nak tengok disebabkan oleh faktor geografi..

sadissss....

ade orang boleh tgk tapi tak p tengok dan ade org yg nak tengok tapi tak leh nak tengok..

nasib baik pokcik google ade boleh tgk kat internet jekk..
hikhikhikhik

so..

cekidaud pic nie..




aku suka pic ni, siap letak kat screensaver supaya org igt yang aku nie update cite2 semasa and bile ade org tanye aku boleh gireng berbekalkan info dari pokcik google..

huahuahuahauhauhau


________________ lets click here to have 'owsome' deal http://milkadeal.com/r/53324 and also click the commercial too \/ \/

Thursday, July 28, 2011

syabass harimau malaya!!!

malam tadi
jantung aku berdebar bila pasukan harimau melaya masuk gelanggang

malam tadi
aku bersorak keriangan bila harimau malaya menjaringkan gol pertama

malam tadi 
aku melompat keriangan apabila penjaring gol malaysia tangkas menepis segala serangan

malam tadi
aku bangga menyokong pasukan harimau malaya selepas beberapa tahun aku tidak memandang mereka. aku bangga walaupon harimau malaya kalah tetapi mutu permainan mereka sangat bagus!! aku bangga apabila pihak lawan menghantar beberapa player untuk menjaga penyerang harimau malaya dengan ketat!!..aku banga dengan kalian!

syabasss harimau malaya!!...im proud of u!! 
yeahhhhh!!!!



u rockkkkkkk harimau malaya!!



Wednesday, July 27, 2011

aku suka bila ko memperbodohkan diri sendiri......

dia: Pn.Z, boleh tak tolong printkan balik minit yang semalam Pn.Z jatuhkan?
aku: Knp nak print balik?
dia: Saya peninglah sebab dah bercampur2..Pn.Z lah jatuhkan semalam...
aku: tak payah print. bagi pada saya. biar saya asingkan.
dia: Tp banyak nie. ade 4 minit.
aku: takpe takpe..bende simple je..saya boleh buat..

10 min lepas tuh aku bagi balik minit tadi...bende kecik jeh..kenape nak kene susah2kan diri..ko tau tak kos untuk print sehelai paper tuh berape???..ko tau tak klu kita over budget ot orang2 kat sini kene potong??!!!...sengal!!!..tak de otakk!!...klu bos yang jatuhkan, ko mintak dia yang print balik ke??.ko tak boleh print semula!!alasan pening!!!....poooraahhhh!!! cakap jeh malassssss...abis cite.!!! orang bodoh je percaya bulat2 cakap ko tuhh!!

Thursday, July 21, 2011

ceritera di satu senja......

Seperti hari sebelumnya aku pulang lewat disebabkan timbunan kerja di pejabat. pada kali nie aku sampai di perkarangan taman perumahan dikala hampir senja, di ruang mata ku dah terbayang anak aku yang sedang bermain dengan saudaranya, tergelak riang dan senyuman sentiasa memekari dibibirnya. membayangkan itu saja sudah cukup menyenangkan hati aku.

apabila aku telah menginjakkan kaki di ruang tamu, apa yang aku lihat hanyalah anak saudaraku yang masih berbaju sekolah sedang berehat melepaskan lelah. mata ku melilau di sekeliling ruang tamu, tiada bayangan anak ku..aku jengahkan sedikit kepala dan ku lihat disekitar taman yang berhampiran, tiada juga kelihatan kelibat anakku dan juga jeritan keriangan daripada dia. hatiku sedikit terusik, tetapi segera aku menyedapkan hati dengan menyatakan yang dia masih belum balik.

lantas aku membuka bungkusan makanan yang telah ku bekalkan seawal daripada pejabat lagi, aku makan dengan kadar yang perlahan sementelaah fikiran ku sedikit terusik dengan kelewatan anakku itu..setelah hampir sesuku nasi aku makan, tiba-tiba anak buahku yang berusia 20 tahun pulang dari membeli barang. dia melahirkan rasa tidak puashati kerana telah menunggu anakku seharian di rumah tetapi anakku tetap tiada.

hati ku mulai tidak keruan, lantas ku menalefon ibu mertuaku untuk bertanyakan perihal anakku. dengan mengunakan tangan kiri aku telah mendail numbor telefon bimbit dia, aku letakkan pada mode speaker memandangkan aku masih lagi  makan.

aku: mak dah hantar yusuf?
mak: dah hantar tadi?
aku:(kalut) mak hantar kat mana?
mak: kat rumah k.de la....
aku:( aku tersentak, refleksi aku melilau di sekitar rumah, anak buah aku juga tersentak) takde pon kat sini??
mak: Ya Allah!, ko biar betul??!!
aku: takde!!......

aku terus mematikan panggilan,meninggalkan telefon aku bersebelahan dengan nasi yang aku tinggalkan dan berlari keluar dengan anak buah aku yang kelihatan terkejut. kami berpecah mencari anak aku di sekitar taman permainan dan disekitar taman perumahan. fikiran aku berkeceramuk, naluri seorang ibu telah membuatkan aku sangat tertekan pada waktu itu, muka aku panas, dada aku berdegup kuat. tanpa segan silu aku menjerit-jerit memangil nama anak ku.ramai mata yang memandang perbuatan kami berdua..aku telah membayangkan yang anak aku telah berada jauh dari aku..

aku dan anak buah aku berjumpa di depan pintu, masing-masing menampakkan muka yang kerisauan. masing- masing telah memberikan jawapan yang hampa. aku kembali semula ke telefon bimbitku, melihat ada dua panggilan yang tidak dijawab daripada mertuaku. dengan hati yang berdebar aku membalas panggilan.

mak: ko ni cepat sangat letak, mak tak habis cakap lagi la.mak gurau je tadi.cepat sangat mengelabah!!
aku: (terkedu terus mematikan panggilan)

perasaan yang membelenggu fikiran dan dada aku telah mula kendur.tetapi telah digantikan dengan perasaan marah. aku terfikir, adekah perkara berkaitan dengan anak boleh dibawa bergurau? adakah perkara yang melibatkan naluri seorang ibu boleh di persendakan? aku mempercayai dia, aku percaya yang dia berkata benar ketika memberitahu dia telah menghantar anak aku balik, aku percaya dia kerana dia yang telah menjaga anak aku selama ini. aku percaya dia kerana hanya dia saja yang bertanggungjawab menghantar anak aku pulang. dengan kepercayaan yang dah bertahun di binalah aku merasakan sangat cemas dan kalut apabila mendengar berita dari dia.

kini, aku rasekan yang ade sedikat tembok yang telah terbina antara dia dan aku. tembok yang tidak pasti akan runtuh pada masa bila. tembok yang memisahkan antara isu kepercayaan dan perhubungan. aku sendiri tidak pasti dengan perasaan aku. apa yang pasti, aku sangat berkecil hati dengan cara gurauan yang sebergitu. suamiku menyalahkan aku sepenuhnya kerana terlalu cepat melatah. pada aku, aku melatah kerana ianya melibatkan anak aku, darah daging aku, dan penyampai berita adelah orang yang aku paling percaya dalam dunia dan yang paling penting, dia juga ibu seperti aku. ibu yang mempunyai perasaan yang tidak dapat digantikan dengan harta didunia...iaitu perasaan keibuan. perasaan yang paling agong sekali!!...perasaan yang hanya ada pada seorang wanita yang bergelar ibu bukan pada bapa. suamiku menyalahkan yang aku kerana tidak wajar berkecil hati dengan gurauan ibunya. sesunguhnya, perasaan sedih aku telah bertambah dengan sikap suamiku sendiri.

aku faham yang dia pasti akan menyebelahi ibunya, aku maklum akan hal itu. tapi bagi aku, dia telah meletakkan diri dia pada satu sudut yang salah. dia telah lupa untuk meletakkan diri dia pada sudut aku.
pada aku, gurauan seperti itu adalah gurauan yang paling dasyat sekali. gurauan yang tidak patut di luahkan oleh seseorang yang pernah bergelar seorang ibu. dan aku tetap dengan pendirian aku. tanyalah pada ibu diluar sana, pasti 90% menyatakan gurauan yang melibatkan hal-hal kemanusiaan adalah tidak raleven.

Saturday, June 25, 2011

Taare Zameen Par


dah lame rasenye tak buat entry pasal review pasal cite-cite best...owhhh...tidak tidak..bukan cite-cite seperti doktor atau majestret  tu yang saya maksudkan..tetapi cerita-cerita yang menarik dan sesuai untuk seluruh ahli keluarga tonton......last review pon pasal cite jepon....hr nie kita nak p belah lain lak..

wahhhh.....ok, hr nie saya nak cite pasal cite hindustan, tajuk Taare Zameen Par.....cerita yang mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bahgia dan harmoni...hehehhee...cliche...sebuah keluarga yang mementingkan RESULT dalam segala hal...si abang (Yohan) sentiasa mendapat 100% dalam setiap exam..dan si adik (Ishan) sentiasa mendapat 2-3% dalam exam...terlalu jauh perbezaannye kan.....tp kelebihan Ishan adelah dia sangat pandai melukis...setiap pemandangan atau perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian akan diabadikan dalam lukisan.....Ishan menghadapi penyakit  Dyslexia iaitu sukar untuk membaca dan sukar untuk membezakan huruf-huruf yang hampir sama bentuknya...sukar untuk membezakan dan membayangkan antara bunyi dan juga bentuk....

disebabkan Ishan tersangat lemah dalam setiap subjek..makanya dia telah dihantar oleh ayahnya kesebuah sekolah asrama yang jauh dengan harapan yang dia akan berubah....di sekolah nielah dia telah berdepan dengan masalah besar...segala benda dia kena buat sendiri....di kelas dia sering dimarah oleh guru-guru kerana tersangat lah lembab!!......apabila dia sering dilabel BODOH oleh guru-guru makanya dia dah giveup dalam sume hal.even lukisan..dia pasrah jee...lantak ko lah nak buat ape kat dia.....hehehhehe...

nak dijadikan cerita, guru seni sementara datang dan mengajar di kelas dia....guru ni sangat lah seporting...membiarkan anak-anak murid dia berfikir secara kreatif.......akhirnya dia berjumpa dengan si Ishan nie dan sangatlah kesian....dengan semangat waja dan kesabaran guru nie..dia telah mengajar Ishan secara peribadi dan kreatif...ofcourse lah kan...guru nie berjaya ubah si Ishan nie,,,klu tak tak lah jadi cerita..hehehehhe.....

untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa si Ishan nie bukan lah sebodoh seperti yang guru-guru lain sangkakan..makanya guru lukisan nie pon buatlah satu pertandingan lukisan......and the winner is mestilah the main actor kan......so guru-guru yang selama nie bambu and selalu label dia bodoh tercenggan kerana telah dikalahkan oleh seorang budak paling lembab dalam sekolah....hhohohohohoho.....padan muka.....

and the result, day after day, masalah ishan dah selesai, dia dah normal seperti budak-budak yang sebaya dia.dah boleh membaca dan menulis dengan baik.....

so, moral of the story is, kanak-kanak yang tidak boleh membaca dan menulis dengan normal seperti kanak-kanak sebaya dengannya bukanlah suatu perkara yang perlu diambil ringan....ibubapa perlu  merujuk kepada yang pakar sebelum membuat hukuman sendiri..dewasa kini ramai ibubapa mudah melepaskan kemarahan dengan memukul anak mereka yang dirasakan bermasalah....pastikan yang mana penyakit dan yang mana simptom.........for more info tentang penyakit Dyslexia ini sila kelik sini.
 

StIlL Me A.D.n.I. Design By: SkinCorner