Thursday, July 28, 2011

syabass harimau malaya!!!

malam tadi
jantung aku berdebar bila pasukan harimau melaya masuk gelanggang

malam tadi
aku bersorak keriangan bila harimau malaya menjaringkan gol pertama

malam tadi 
aku melompat keriangan apabila penjaring gol malaysia tangkas menepis segala serangan

malam tadi
aku bangga menyokong pasukan harimau malaya selepas beberapa tahun aku tidak memandang mereka. aku bangga walaupon harimau malaya kalah tetapi mutu permainan mereka sangat bagus!! aku bangga apabila pihak lawan menghantar beberapa player untuk menjaga penyerang harimau malaya dengan ketat!!..aku banga dengan kalian!

syabasss harimau malaya!!...im proud of u!! 
yeahhhhh!!!!



u rockkkkkkk harimau malaya!!



Wednesday, July 27, 2011

aku suka bila ko memperbodohkan diri sendiri......

dia: Pn.Z, boleh tak tolong printkan balik minit yang semalam Pn.Z jatuhkan?
aku: Knp nak print balik?
dia: Saya peninglah sebab dah bercampur2..Pn.Z lah jatuhkan semalam...
aku: tak payah print. bagi pada saya. biar saya asingkan.
dia: Tp banyak nie. ade 4 minit.
aku: takpe takpe..bende simple je..saya boleh buat..

10 min lepas tuh aku bagi balik minit tadi...bende kecik jeh..kenape nak kene susah2kan diri..ko tau tak kos untuk print sehelai paper tuh berape???..ko tau tak klu kita over budget ot orang2 kat sini kene potong??!!!...sengal!!!..tak de otakk!!...klu bos yang jatuhkan, ko mintak dia yang print balik ke??.ko tak boleh print semula!!alasan pening!!!....poooraahhhh!!! cakap jeh malassssss...abis cite.!!! orang bodoh je percaya bulat2 cakap ko tuhh!!

Sunday, July 24, 2011

sy dirumah....

Kerana msalh kshtn, makanya sy di Umah.

Thursday, July 21, 2011

ceritera di satu senja......

Seperti hari sebelumnya aku pulang lewat disebabkan timbunan kerja di pejabat. pada kali nie aku sampai di perkarangan taman perumahan dikala hampir senja, di ruang mata ku dah terbayang anak aku yang sedang bermain dengan saudaranya, tergelak riang dan senyuman sentiasa memekari dibibirnya. membayangkan itu saja sudah cukup menyenangkan hati aku.

apabila aku telah menginjakkan kaki di ruang tamu, apa yang aku lihat hanyalah anak saudaraku yang masih berbaju sekolah sedang berehat melepaskan lelah. mata ku melilau di sekeliling ruang tamu, tiada bayangan anak ku..aku jengahkan sedikit kepala dan ku lihat disekitar taman yang berhampiran, tiada juga kelihatan kelibat anakku dan juga jeritan keriangan daripada dia. hatiku sedikit terusik, tetapi segera aku menyedapkan hati dengan menyatakan yang dia masih belum balik.

lantas aku membuka bungkusan makanan yang telah ku bekalkan seawal daripada pejabat lagi, aku makan dengan kadar yang perlahan sementelaah fikiran ku sedikit terusik dengan kelewatan anakku itu..setelah hampir sesuku nasi aku makan, tiba-tiba anak buahku yang berusia 20 tahun pulang dari membeli barang. dia melahirkan rasa tidak puashati kerana telah menunggu anakku seharian di rumah tetapi anakku tetap tiada.

hati ku mulai tidak keruan, lantas ku menalefon ibu mertuaku untuk bertanyakan perihal anakku. dengan mengunakan tangan kiri aku telah mendail numbor telefon bimbit dia, aku letakkan pada mode speaker memandangkan aku masih lagi  makan.

aku: mak dah hantar yusuf?
mak: dah hantar tadi?
aku:(kalut) mak hantar kat mana?
mak: kat rumah k.de la....
aku:( aku tersentak, refleksi aku melilau di sekitar rumah, anak buah aku juga tersentak) takde pon kat sini??
mak: Ya Allah!, ko biar betul??!!
aku: takde!!......

aku terus mematikan panggilan,meninggalkan telefon aku bersebelahan dengan nasi yang aku tinggalkan dan berlari keluar dengan anak buah aku yang kelihatan terkejut. kami berpecah mencari anak aku di sekitar taman permainan dan disekitar taman perumahan. fikiran aku berkeceramuk, naluri seorang ibu telah membuatkan aku sangat tertekan pada waktu itu, muka aku panas, dada aku berdegup kuat. tanpa segan silu aku menjerit-jerit memangil nama anak ku.ramai mata yang memandang perbuatan kami berdua..aku telah membayangkan yang anak aku telah berada jauh dari aku..

aku dan anak buah aku berjumpa di depan pintu, masing-masing menampakkan muka yang kerisauan. masing- masing telah memberikan jawapan yang hampa. aku kembali semula ke telefon bimbitku, melihat ada dua panggilan yang tidak dijawab daripada mertuaku. dengan hati yang berdebar aku membalas panggilan.

mak: ko ni cepat sangat letak, mak tak habis cakap lagi la.mak gurau je tadi.cepat sangat mengelabah!!
aku: (terkedu terus mematikan panggilan)

perasaan yang membelenggu fikiran dan dada aku telah mula kendur.tetapi telah digantikan dengan perasaan marah. aku terfikir, adekah perkara berkaitan dengan anak boleh dibawa bergurau? adakah perkara yang melibatkan naluri seorang ibu boleh di persendakan? aku mempercayai dia, aku percaya yang dia berkata benar ketika memberitahu dia telah menghantar anak aku balik, aku percaya dia kerana dia yang telah menjaga anak aku selama ini. aku percaya dia kerana hanya dia saja yang bertanggungjawab menghantar anak aku pulang. dengan kepercayaan yang dah bertahun di binalah aku merasakan sangat cemas dan kalut apabila mendengar berita dari dia.

kini, aku rasekan yang ade sedikat tembok yang telah terbina antara dia dan aku. tembok yang tidak pasti akan runtuh pada masa bila. tembok yang memisahkan antara isu kepercayaan dan perhubungan. aku sendiri tidak pasti dengan perasaan aku. apa yang pasti, aku sangat berkecil hati dengan cara gurauan yang sebergitu. suamiku menyalahkan aku sepenuhnya kerana terlalu cepat melatah. pada aku, aku melatah kerana ianya melibatkan anak aku, darah daging aku, dan penyampai berita adelah orang yang aku paling percaya dalam dunia dan yang paling penting, dia juga ibu seperti aku. ibu yang mempunyai perasaan yang tidak dapat digantikan dengan harta didunia...iaitu perasaan keibuan. perasaan yang paling agong sekali!!...perasaan yang hanya ada pada seorang wanita yang bergelar ibu bukan pada bapa. suamiku menyalahkan yang aku kerana tidak wajar berkecil hati dengan gurauan ibunya. sesunguhnya, perasaan sedih aku telah bertambah dengan sikap suamiku sendiri.

aku faham yang dia pasti akan menyebelahi ibunya, aku maklum akan hal itu. tapi bagi aku, dia telah meletakkan diri dia pada satu sudut yang salah. dia telah lupa untuk meletakkan diri dia pada sudut aku.
pada aku, gurauan seperti itu adalah gurauan yang paling dasyat sekali. gurauan yang tidak patut di luahkan oleh seseorang yang pernah bergelar seorang ibu. dan aku tetap dengan pendirian aku. tanyalah pada ibu diluar sana, pasti 90% menyatakan gurauan yang melibatkan hal-hal kemanusiaan adalah tidak raleven.

Wednesday, July 20, 2011

projek bulan pose ~by aku~

bulan pose dah nak dekat,time nie lah buat bisnes kompom menjadi...lagi2 bisnes baju and kuih raye..kompom laku habis...humm, sekarang nie pon dah macam2 idea dah menjegah dalam kepala. rasenye macam nak meniage kat bazar ramadan...tp i keje ok, mane ade mase nak berniage sume tuh...nak buat tempahan baju pon macam ok gak, tp my MIL dah full booked laa....( hahahaha..nampak sgt bukan aku yg jahit) tibe2 jeh

anak buah A: kak dik, kak dik....kak dik nak tak jual kek coklat moist yg macam kak dik buat tuh...sedap laa.. boleh jual...nak tak? orang tolong jual kan??...

aku:  eh sedap ek??...sure kee??..boleh ke jual??

anak buah b: (menyampuk) sedap kak dek...orang rase pon kak dik boleh jual laa....

aku: (konfius) sure ke boleh juallll?? korang nk tolong jualkan keee??

anak buah A & B: boleh..boleh..ktorang takde hall..nk tolong buat pon boleh....sedap lah kek coklat moist yang kak dek buat tuhhh...betull tak tipu..

aku: (kembang semagkok hidug aku...kene puji terang-terangan).......hehehehe...

so makanya, bermula lah projek bulan puasa aku bagi tahun nie.......aku nak menjual kek coklat moist...tak sabo nak buat sample...hehehe....hope menjadi

"Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan ku..kau murahkan lah rezeki kami pada bulan ramadan yang berkat ini ya Allah..
Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon pada mu supaya mengukuhkan pendirian dan kuatkan semangat ku ini ya Allah.. sesunguhnya aku adelah insan yang sangat rapuh...Amin."

Thursday, July 14, 2011

Tree by Jumpe pakcik hussin



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


saya suke sokmoh lagu nie...Enjoy~~~~~~the lirik je lah...

Tuesday, July 12, 2011

akhirnya....aku dan dia berpelukan...

ngeh..ngeh..ngeh....

saya ade sorang sahabat...sahabat nie saya jumpe time belajo dulu...saya kawan dgn dia setat hr pertama lagi kami jumpe, lagi pulak kami memang sebilik dan klu tak kawan dgn membe sebilik memang naya kan ,macamane nak mintak tolong dia temankan kita mandi di waktu malam dan mintak dia belanja time kita takde duit kan...betul tak betol tak???!!..hehehehe.....i luv u lah my frend..kawan saya tuh dia sangat sweet, chomel, manis mcm ikanmasin, kuat makan (see the kaitan dgn belanje mkn td...!!~~) mulut becok giler, cakap suke meleret2 tah ape2 jeh topik yang takde kaitan pon dia masokkan dalam perbualan tentang nasi ayam dan yang obvious sekali adelah...haloooo penakot giler ok..mmg blacklist dia klu mintak teman utk mandi malam...hampeh koooo!!!

nak cite ape yg kami dah buat bersama....isk..isk..isk...terlalu banyak..byk yg happy dari yg sedih...sahabatku, aku tau ko tgh bace sekarang ni..ko igt tak time kita berperang lampu dgn asrama lelaki? ko igt tak time kita sembunyikan kasot orang...ko igt tak time kita bersukan main tennis walhal ape pasal tenis pon kita tak tau and main pukul jeh mcm main badminton....ko igt lagi tak time kita dok menakel abang2 sepak takraw..ko igt lagi tak kita juga sibuk dok belajo bahase bisu sbb nak berkawan dgn budak2 bisu yang maha hensem itu?? ko igt tak?? ko igat tak sahabat ku?????.....hahahahahaha...heaven jeh time tuh......

so far lepas belajo kami dah jarang jumpe since masing2 dah berfamily and dah ade kerjaya yang perlu di titiberatkan....

but minggu lepas time hr ahad, tbe2 jeh kami bertentang mata selepas sekian lame tak jumpe...( ok lah ngaku lah...mmg lah tak jumpe bersemuka, tp kami selalu lah borak kat tepon dan kat belog nie) cheng...cheng..cheng (background music ala-ala dlm cite p.ramlie bile ade adegan cemas)....boleh lak kami terserempak kat kedai lampu.....

teruslah kami bersalaman dan berpelukkan dan berkasih sayang depan hubby kami.......hahahahaha....mesti depa kate 'pelik bini aku nie, dgn aku takdelak nak berkasih sayang dpn org ramai'....huhuhuhuhuhuh

bila saya tgk dia, tak byk berubah..dia msh comel,sweet, mulut becok, kurus berbanding aku yg debab dan muka bulat mcm duit 50sen and dia still ketot walaupon time ko jumpe aku tuh ko pki kasut tinggi godang!!!...hahahahahaha...yea sahabat ku...ko masoh ketot lagi..aku tetap bangga yang aku masih tinggi walaupon aku dah debab!! debab boleh kurus...ketot tak leh tinggi hokeyyyyy!!...hua hua hua hua hua.....gelak jahatttt!!!!

by the way sahabat ku, aku tau ko akan membalas entry aku nie dgn membuat isu yang same...tp kau tak heran, aku akan tunggu entry ko tuh jugak....aku rindu korang...still aku happy sbb dapat jumpe ko hr tuh...umah kita dekat...tp malas sungguh nak p kan.....isk isk isk..raye nie kot klu takde masalah kita berkunjung-kunjungan...buat open house and kita berjumpe....sape yg buat open house??...haruslah ko sbb blh makan western food lagi pon ko pndai buat kek coklat...huahuahuahuhauahu...

ape2 hal pon sahabat ku...frends always.........

enjoy this pic and gelak2 lah ko sbb aku dah debab


Friday, July 8, 2011

dengan penuh sebak.....


terpaksa berpisah pada kejauhan 250km....di temani dgn rimbunan pokok......JP* help mee!!!!

 

StIlL Me A.D.n.I. Design By: SkinCorner