Thursday, July 21, 2011

ceritera di satu senja......

Seperti hari sebelumnya aku pulang lewat disebabkan timbunan kerja di pejabat. pada kali nie aku sampai di perkarangan taman perumahan dikala hampir senja, di ruang mata ku dah terbayang anak aku yang sedang bermain dengan saudaranya, tergelak riang dan senyuman sentiasa memekari dibibirnya. membayangkan itu saja sudah cukup menyenangkan hati aku.

apabila aku telah menginjakkan kaki di ruang tamu, apa yang aku lihat hanyalah anak saudaraku yang masih berbaju sekolah sedang berehat melepaskan lelah. mata ku melilau di sekeliling ruang tamu, tiada bayangan anak ku..aku jengahkan sedikit kepala dan ku lihat disekitar taman yang berhampiran, tiada juga kelihatan kelibat anakku dan juga jeritan keriangan daripada dia. hatiku sedikit terusik, tetapi segera aku menyedapkan hati dengan menyatakan yang dia masih belum balik.

lantas aku membuka bungkusan makanan yang telah ku bekalkan seawal daripada pejabat lagi, aku makan dengan kadar yang perlahan sementelaah fikiran ku sedikit terusik dengan kelewatan anakku itu..setelah hampir sesuku nasi aku makan, tiba-tiba anak buahku yang berusia 20 tahun pulang dari membeli barang. dia melahirkan rasa tidak puashati kerana telah menunggu anakku seharian di rumah tetapi anakku tetap tiada.

hati ku mulai tidak keruan, lantas ku menalefon ibu mertuaku untuk bertanyakan perihal anakku. dengan mengunakan tangan kiri aku telah mendail numbor telefon bimbit dia, aku letakkan pada mode speaker memandangkan aku masih lagi  makan.

aku: mak dah hantar yusuf?
mak: dah hantar tadi?
aku:(kalut) mak hantar kat mana?
mak: kat rumah k.de la....
aku:( aku tersentak, refleksi aku melilau di sekitar rumah, anak buah aku juga tersentak) takde pon kat sini??
mak: Ya Allah!, ko biar betul??!!
aku: takde!!......

aku terus mematikan panggilan,meninggalkan telefon aku bersebelahan dengan nasi yang aku tinggalkan dan berlari keluar dengan anak buah aku yang kelihatan terkejut. kami berpecah mencari anak aku di sekitar taman permainan dan disekitar taman perumahan. fikiran aku berkeceramuk, naluri seorang ibu telah membuatkan aku sangat tertekan pada waktu itu, muka aku panas, dada aku berdegup kuat. tanpa segan silu aku menjerit-jerit memangil nama anak ku.ramai mata yang memandang perbuatan kami berdua..aku telah membayangkan yang anak aku telah berada jauh dari aku..

aku dan anak buah aku berjumpa di depan pintu, masing-masing menampakkan muka yang kerisauan. masing- masing telah memberikan jawapan yang hampa. aku kembali semula ke telefon bimbitku, melihat ada dua panggilan yang tidak dijawab daripada mertuaku. dengan hati yang berdebar aku membalas panggilan.

mak: ko ni cepat sangat letak, mak tak habis cakap lagi la.mak gurau je tadi.cepat sangat mengelabah!!
aku: (terkedu terus mematikan panggilan)

perasaan yang membelenggu fikiran dan dada aku telah mula kendur.tetapi telah digantikan dengan perasaan marah. aku terfikir, adekah perkara berkaitan dengan anak boleh dibawa bergurau? adakah perkara yang melibatkan naluri seorang ibu boleh di persendakan? aku mempercayai dia, aku percaya yang dia berkata benar ketika memberitahu dia telah menghantar anak aku balik, aku percaya dia kerana dia yang telah menjaga anak aku selama ini. aku percaya dia kerana hanya dia saja yang bertanggungjawab menghantar anak aku pulang. dengan kepercayaan yang dah bertahun di binalah aku merasakan sangat cemas dan kalut apabila mendengar berita dari dia.

kini, aku rasekan yang ade sedikat tembok yang telah terbina antara dia dan aku. tembok yang tidak pasti akan runtuh pada masa bila. tembok yang memisahkan antara isu kepercayaan dan perhubungan. aku sendiri tidak pasti dengan perasaan aku. apa yang pasti, aku sangat berkecil hati dengan cara gurauan yang sebergitu. suamiku menyalahkan aku sepenuhnya kerana terlalu cepat melatah. pada aku, aku melatah kerana ianya melibatkan anak aku, darah daging aku, dan penyampai berita adelah orang yang aku paling percaya dalam dunia dan yang paling penting, dia juga ibu seperti aku. ibu yang mempunyai perasaan yang tidak dapat digantikan dengan harta didunia...iaitu perasaan keibuan. perasaan yang paling agong sekali!!...perasaan yang hanya ada pada seorang wanita yang bergelar ibu bukan pada bapa. suamiku menyalahkan yang aku kerana tidak wajar berkecil hati dengan gurauan ibunya. sesunguhnya, perasaan sedih aku telah bertambah dengan sikap suamiku sendiri.

aku faham yang dia pasti akan menyebelahi ibunya, aku maklum akan hal itu. tapi bagi aku, dia telah meletakkan diri dia pada satu sudut yang salah. dia telah lupa untuk meletakkan diri dia pada sudut aku.
pada aku, gurauan seperti itu adalah gurauan yang paling dasyat sekali. gurauan yang tidak patut di luahkan oleh seseorang yang pernah bergelar seorang ibu. dan aku tetap dengan pendirian aku. tanyalah pada ibu diluar sana, pasti 90% menyatakan gurauan yang melibatkan hal-hal kemanusiaan adalah tidak raleven.

1 comments:

amiey lee said...

alahai sabar makcik..betul guarau ada batas..ni dh kra kes panggilan hangit apa??? huhu

apapun settle cara baik ok..

 

StIlL Me A.D.n.I. Design By: SkinCorner